ISP Malaysia Perlu Melakukan Lencongan DNS Bermula 30 September

Semua penyelia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia akan perlu melakukan lencongan DNS untuk perniagaan, perusahaan dan kerajaan bermula 30 September. Arahan ini ditemukan oleh The Star pada laman FAQ Maxis yang akan menyebabkan semua trafik yang menggunakan DNS awam seperti Google DNS (8.8.8.8 dan 8.8.4.4) dilencongkan ke DNS milik ISP. Dengan ini teknik menggunakan DNS bagi memintas halangan kepada laman web tertentu tidak lagi boleh digunakan.

Ini secara tidak langsung membolehkan kerajaan menghalang trafik ke laman-laman tertentu secara menyeluruh. Maxis berkata SKMM akan memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan lencongan DNS dengan teliti untuk memastikan semua penyedia perkhidmatan Internet mematuhi peraturan dan arahan SKMM. Hanya DNS awam sahaja akan terjejas dengan arahan yang dikeluarkan ini. DNS peribadi yang dihoskan sendiri atau dengan DNS melalui HTTPS (DoH) pada pelayar web akan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Laman-laman yang dihalang di Malaysia ialah yang terlibat dengan perjudian, lucah, cetak rompak, penipuan atas talian dan pelbagai jenayah lain.

Hosting Murah dan Selamat!

Onceamonth Hosting Synergy


Kami Menyediakan Pakej Hosting yang murah dan selamat untuk anda

Sila layari https://biller.my/merchant/onceamonth

This will close in 21 seconds

You cannot copy content of this page